counter create hit

Harga Buat No Plat Kereta

Bagi anda yang mungkin pertama kali ingin bida no plat kereta, kami menyenaraikan cara beli no plate JPJ online & harga buat no plat kereta untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut

Nombor pendaftaran kenderaan terkini yang menarik dan unik kini mendapat tempat dalam kalangan pemilik kereta.

Ramai pemilik kereta sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan nombor plat terkini yang eksklusif untuk kereta masing-masing.

Malah, pengenalan sistem bidaan no plat online seperti JPJeBid juga antara faktor yang menggalakkan pemilik kereta untuk menyertai tender terbuka bagi mendapatkan nombor plat terkini kerana lebih mudah, telus dan efisien.

Cara Tempah No Plat Kereta

Untuk memohon atau menempah nombor pendaftaran kenderaan kereta, anda perlu hadir ke pejabat JPJ di setiap negeri.

  • Iklan tawaran tempahan nombor palt terkini akan dipamerkan di semua pejabat JPJ atau boleh disemak secara online.
  • Hantar dan masukkan sampul surat permohonan nombor plat ke dalam peti tempahan mengikut nama negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  • Tempoh tempahan nombor plat akan ditutup pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  • Bayaran yuran perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan dan boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ.

Keputusan Permohonan No Plat Kereta

JPJ akan keluarkan Surat Keputusan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.

Senarai nama dan nombor kad kenderaan kereta pemohon yang berjaya akan dipamerkan di semua pejabat JPJ yang menawarkan nombor registration tersebut.

  • Sekiranya permohonan anda berjaya, anda hendaklah mendaftar dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dikongsikan di bawah.
  • Pemohon yang berjaya tetapi gagal mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Nombor tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran penuh tidak akan dikembalikan.
  • Nombor plat yang berjaya ditempah hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
  • Permohonan penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan serta pengurangan harga tempahan tidak akan dipertimbangkan.

Kategori No Plat Pendaftaran

Secara amnya, nombor pendaftaran kenderaan terkini atau no plat kereta terkini yang ditawarkan untuk bidaan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:

  1. Popular Numbers atau Nombor Popular – Digit popular seperti 121, 242, 575, 898, 909 dan sebagainya.
  2. Attractive Numbers atau Nombor Menarik – Digit menarik seperti 11, 44, 88, 777, 9999 dan sebagainya.
  3. Golden Numbers atau Nombor Bernilai Utama – digit tunggal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan sebagainya.
  4. Running Number atau Nombor Semasa – harga no plat 4 angka.

Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Mengikut Negeri:

Negeri/DaerahNo Plat Terkini
SELANGORBQW9461
TERENGGANUTCM2541
JOHORJVH1274
KEDAHKFH7210
LANGKAWIKV4101E
KELANTANDEH7443
KUALA LUMPURVHW7261
MELAKAMDN2024
NEGERI SEMBILANNDU2183
PAHANGCEP1082
PULAU PINANGPQG2914
PERAKAMK5929
PERLISRAL5593
KOTA KINABALUSYS9578
SANDAKANSMF4457
KUDATSK7202C
TAWAUSWE3423
BEAUFORTSB3745F
KENINGAUSU5419H
LAHAD DATUSD3524T
KUCHINGQAB9675D
SIBUQS6272P
MIRIQM5682K
SRI AMANQBF2497
SARIKEIQRQ2954
BINTULUQTW3491
LIMBANGQLD6279
KOTA SAMARAHANQCN4602
KAPITQPC1637
LABUANLG8504
PUTRAJAYA

Anda juga boleh menyemak nombor pendaftaran kenderaan terkini mengikut kawasan atau negeri secara terus daripada laman web rasmi JPJ.


Senarai Harga Buat No Plat Kereta

Setiap nombor yang ditempah memerlukan anda untuk membayar harga tempahan minimum mengikut kategori nombor pendaftaran.

Berikut adalah senarai harga untuk membuat no plat kereta:

Harga Minima dan Peningkatan Bidaan Minima

Mengikuti kategori nombor pendaftaran

KategoriUtama
(No plat 1 Angka)
Menarik
(No plat 2 Angka)
Popular
(No plat 3 Angka)
Semasa
(No Plat 4 Angka)
Harga MinimaRM20.000RM3.000RM.800RM.300
Peningkatan Bidaan
Minima 5%
RM1.000RM150RM40RM15

Amaun bidaan pertama mestilah sama atau melebihi harga minimum yang ditetapkan mengikut kategori. Peningkatan bidaan minimum adalah sebanyak 5% daripada amaun harga minimum dan tiada had dikenakan untuk peningkatan maksimum.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui cara beli no plat dan mendapatkan no plat kereta cantik idaman anda.

Leave a Comment